Thursday, January 29, 2009

PerBanDinGaN AnTara LeLaKi n PeReMpuaN..
Mana YanG MeNaRiK PanDanGaN?

PanDanG BoLeH,JanGaN BanDinG

Seorang kawan bertanya, apabila aku memandang wanita, aku pandang di mana terlebih dahulu? Aku berkata pandang wajahnya. Dia bertanya lagi, selepas memandang wajah di mana pula akan kupandang? Aku tergamam kerana tidak cukup berani untuk menjawab walaupun jawapannya ada. Lelaki lain, aku rasa lebih kurang sama seperti aku, memandang wajah terlebih dahulu barulah mengalihkan pandangan ke tempat yang menjadi tarikan kedua selepas wajah.

Bagaimana dengan wanita? Di mana pandangan pertama wanita pada lelaki? Mungkin wajah, mungkin kaki? Aku rasa wajah yang dipandang duhulu kerana jarang ada orang memandang kaki kemudian wajah kecuali gadis. Di mana pula tempat kedua akan dipandang oleh wanita? Aku perhatikan setiap kali bersembang dengan wanita, mereka ada kecenderungan yang sama. Mereka memilih tempat kedua yang sama untuk dipandang. Dengan curi-curi, ketika lelaki berpandang ke arah lain, wanita akan menjeling ke situ. Lumrah kehidupan. Setiap orang ada daya dan tempat tarikan tersendiri.

Bagaimana apabila lelaki berjalan di belakang wanita, di mana ditumpahkan matanya? Secara jujur aku mengaku bahawa mata lelaki pasti akan tertangkap pada satu tempat yang serupa. Mengapa begitu? kerana itulah tarikan utama wanita apabila dipandang dari belakang. Wanita pula bagaimana apabila berjalan mengekori lelaki?
Apa yang dipandangnya?

Aku tidak mahu membicarakan minat lelaki atau wanita dan di mana mereka suka pandang kerana itu hak mereka. Tetapi aku cuma mahu mempertikaikan hak yang ada pada lelaki atau wanita membanding-bandingkan apa yang dipandangnya. Lelaki atau wanita gemar benar membandingkan fizikal - perawakan dan ciri-ciri luaran seseorang dengan orang lain. Malah ada yang sangat celupar. Apabila melihat benda yang tidak indah di hati, terus sosek-sosek dengan kawan di tepi. Apabila ternampak benda yang mengagumkan terus wowah-wowah. Ini tidak sopan dan dikira tidak menghormati peribadi orang lain.

Kita boleh pandang sehingga meleleh air liur pun tidak mengapa tetapi tidak boleh membandingkan dengan orang lain. Setiap orang dianugerahi ciri-ciri fizikal tersendiri yang harus dihormati semua orang. Kenapa kita tak boleh membuat perbandingan? Kerana perbandingan akan melahirkan penghakiman sedangkan bukan kuasa kita menghakimi fizikal sesiapa. Itu anugerah Tuhan. Anugerah Tuhan tidak boleh dipertikaikan sama ada oleh tuan punya tubuh atau orang lain. Mempertikaikan anugerah Tuhan hukumnya berdosa.

Perbandiangan secara diam-diam dalam hati masih boleh diterima, tetapi perbandingan secara terbuka sama sekali dilarang. Belajar hormati dan hargai orang lain!

Bolehkah kita memandang seseorang tanpa membandingkan dengan orang lain?

"kalau dah tak der jodoh di dunia ni, jadilahwanita yang solehah ... di akhirat nanti pasti ada "wildan" yang menanti... tak perlu was-was ... wildan di surga pasti yang terbaik punya ... "
By Am ScanDeLiCiouS™
8 Sikap Wanita yang Disukai Lelaki

Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…

Inilah sifat seorang wanita yang sempurna…

"kalau dah tak der jodoh di dunia ni, jadilahwanita yang solehah ... di akhirat nanti pasti ada "wildan" yang menanti... tak perlu was-was ... wildan di surga pasti yang terbaik punya ... "

By Am ScanDeLiCiouS™

Wednesday, January 28, 2009

LeLaKi SuKa TenGoK PeReMpuaN BerbaJu KurunG??


apa pendapat lelaki dalam hal ni? bukan ker perempuan yang berbaju kurung nampak lebih cantik dan ayu ...seolah olah ada satu keindahan di depan mata...aha camner pendapat kowang?




"aku suke sgt2 tgk pompuan guna baju kurung

esp pompuan2 yg aku suke

kalu mereka pakai baju kurung...

pastu kaler tudung match dengan kaler bunga baju tu..

mmg nmpk comei sesangat

lagipon pompuan yg guna baju kurung nie nmpk lebih sopan.."

Kebaikan PeRemPuan BerBaju KuRunG PaDa PanDanGaN Aku As LeLaki..

BUKAN sekadar pandai menjahit sehingga mampu menerima tempahan, malah semakin ramai wanita bukan Melayu sama ada Cina mahupun India yang semakin selesa mengenakan baju kurung atau kebaya sebagai pakaian harian ke pejabat atau majlis-majlis tertentu.

Suasana ini semakin ketara terutama pada hari Jumaat atau pada bulan Ramadan seperti sekarang apabila masing-masing manis 'memperaga' koleksi busana tradisional Melayu itu.

Pemakaian baju kurung tidak lagi dianggap sesuatu yang janggal atau khusus untuk wanita Melayu saja, sebaliknya telah diterima secara meluas di kalangan rakyat Malaysia sebagai satu budaya.

Maka tidak hairanlah kebanyakan wanita bukan Melayu memilih busana tersebut sama ada untuk ke tempat kerja, institut pengajian tinggi (IPT) atau sekadar bersiar-siar untuk makan tengah hari juga membeli-belah.

Malah, rata-rata mereka beranggapan bahawa keindahan pada corak kain dan warna terang yang menghiasi fabrik baju kebangsaan turut mempengaruhi keperibadian dan penampilan pemakai.

Menurut Yee Chiou Lan, 29, keayuan seseorang akan lebih terserlah jika berbaju kurung atau kebaya disebabkan potongan pakaian itu yang lembut dan sesuai dengan bentuk badan si pemakai.

Katanya, pakaian tradisi masyarakat Melayu itu juga semakin digemari golongan bukan Melayu berbanding dahulu di mana kaum Cina sepertinya berasa janggal apabila mengenakan busana sedemikian.

"Sekarang, di mana-mana sahaja terdapat wanita bukan Melayu berbaju kurung atau kebaya malah di pejabat saya juga sesiapa sahaja boleh dilihat berbaju kurung dengan pelbagai corak yang menarik dan berwarna-warni,'' katanya.

Chiou Lan yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak, paling menggemari baju kebaya. Beliau kini bekerja di sebuah syarikat penyelidik pasaran di ibu negara.

Sementara itu, Yenny Agustinus, 28, dari Kuching, Sarawak pula mengakui dia langsung tidak berasa janggal apabila mengenakan baju kurung terutama kurung Kedah berwarna hijau pucuk pisang miliknya itu.

Jelasnya, jika suatu ketika dahulu pemakaian baju tradisional itu dianggap sesuatu yang kolot dan ketinggalan zaman oleh golongan muda, kini pemikiran itu telah jauh berubah.

"Semua potongan baju kurung memang sesuai untuk digayakan ke sebarang majlis rasmi dan selesa untuk dipakai sepanjang hari.

"Saya amat menyukai fabrik baju kurung yang lembut, selesa dan bergaya , tetapi disebabkan saya bertubuh kecil agak sukar untuk mencari saiz yang sesuai,'' katanya yang bekerja di Kuala Lumpur.

Melissa Lee, 26, pula berkata, dia meminati pakaian tradisional masyarakat Melayu itu sejak di bangku sekolah apabila melihat rakan-rakan lain kelihatan manis berbaju kurung dan kebaya.

Katanya, selain mudah digayakan baju kurung dan kebaya juga menyerlahkan kecantikan seseorang gadis tanpa mengira kaum disebabkan potongan, corak dan fabriknya.

"Pemakaian baju kurung melambangkan identiti masyarakat Malaysia, ia perlu dikekalkan sampai bila-bila malah kini terdapat banyak fesyen baju kurung dan kebaya kontemporari yang lebih sesuai untuk golongan muda.

"Namun saya sendiri lebih suka baju kurung tradisional dengan corak dan aksesori ringkas kerana penampilan kelihatan lebih ayu,'' katanya yang bekerja sebagai sukarelawan di Galeri Petrosains, KLCC.

Seperti masyarakat Islam lain, baginya menjelang Aidilfitri merupakan saat paling sesuai untuk mencari baju kurung atau kebaya yang sudah siap.

"Sekarang ini banyak baju kurung atau kebaya yang siap dijual di gerai-gerai seperti di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman.

"Selain cantik, pilihannya juga banyak. Saya mungkin akan mencuri masa untuk ke sana bagi mencari sekurang-kurangnya sepasang baju kurung baru. Boleh juga saya pakai ketika beraya ke rumah rakan Melayu pada hari raya nanti," katanya.


"kalau dah tak der jodoh di dunia ni, jadilahwanita yang solehah ... di akhirat nanti pasti ada "wildan" yang menanti... tak perlu was-was ... wildan di surga pasti yang terbaik punya ... "
By Am ScanDeLiCiouS™

KeNaPa LeLaKi SuKa PeReMpuaN CanTiK??


Fenomena atau trend lelaki melihat perempuan berdahi licin adalah lumrah. Pergi kemana saja hatta ke cerok kampung mane pun, yang pasti lelaki akan lebih teruja untuk melihat perempuan cantik. Definisi cantik bagi seseorang adalah berbeza, jadi tepuk dada tanya lah selera tuan puan. Berbalik kepada kenapa lelaki suka perempuan cantik, teringat saya kepada seorang murahguru tandori payat. Dia sound saya, lu mau kawen atau mana mana lelaki mau kawen, benda pertama yang perlu lu orang buat adalah cari perempuan cantik dan sedap mata memandang. Genius, kuat makan, berjoli sakan, pisau cukur, gila title tue… lu orang letak la kat no 2 dan no bla3x.

Kenapa harus memilih perempuan cantik? Cantik yang hendak diucapkan disini adalah pada rupa paras sahaja. Wahai cik puan cik puan… seseksi mana pun pandangan body anda tak kira dari depan, dari sisi atau dari belakang (masa tengok fuyoooo) tapi bila memandang ke atas atau lebih tepat rupa paras, lelaki hanya akan terdapat dua kemungkinan. Memuji atau merejek. Yup, begitulah lelaki. Secara psikologinye, lelaki akan tertarik kepada yang indah manakala perempuan akan tertarik kepada yang tulus. Itukah yang terjadi kepada model heidi klum. Akibatnye berlaku la fenomena kawen cicakman. Nak salahkan sapa? Masing masing tak salah. Tapi yang salah nya sekarang, perempuan perempuan sekarang suka menggunakan aset untuk menarik nafsu lelaki. Suntik sana suntik sini, buah timun jadi tembikai, spare tayar size 15 dah jd size 18, tapi perut tetap geleber sebab suka tunggang. Hehehe. Tunggang disini mempunyai dua definisi. Tapi saya serahkan kepaada tuan untuk pikir la sendiri. Jadi, kenapa lelaki perlu perempuan cantik? Sebabnya mudah!

1) Sebab diri sendiri tak kacak
2) Sebab diri sendiri muflis
3) Sebab nak jaga status tak kacak dan muflis pun ade awek cun.


"kalau dah tak der jodoh di dunia ni, jadilahwanita yang solehah ... di akhirat nanti pasti ada "wildan" yang menanti... tak perlu was-was ... wildan di surga pasti yang terbaik punya ... "
By Am ScanDeLiCiouS™
PeReMpuaN YanG MenJaDi TariKaN LeLaKi..


Bismillahirrahmanirrahim...

Biasanya la kan..korang slalu jek dengar orang laen sebut-menyebut bila nampak seseorang lelaki tu bawak perempuan cantik..
Kenapa semua tu berlaku?

Dah lumrah hidup manusia macam tu..semua orang ada citarasa masing-masing..and opkos semua orang tentu nakkan sesuatu yang nampak cantik,menarik, dan terbaru.
Sama jugak la dengan aku..So..kat sini aku senaraikan beberapa kategori perempuan yang menjadi idaman lelaki..

1. Opkos la perempuan yang cantik.
2. Perempuan yang dapat memenuhi semua kemahuan kita ( aku tanak cakap lebey2)
3. Perempuan yang baek ( dari semua segi ).
4. Perempuan yang dapat memahami diri kita.
5. Perempuan yang dapat menerima kita as diri kita sendiri..bukan sebab laen..
6. Perempuan yang bergelar perempuan (korang paham maksud aku)
7. Perempuan yang pandai berdikari,menyayangi, n mencintai diri sendiri dan orang laen.
8. Lastly..takkan la lelaki nak suka kat lelaki cantik?Tu dah gilew..hahaha..

Tu je la yang aku mahukan dalam hidup aku nie..tataw la pulak dengan korang.
Anyway..teruskan membaca..



"kalau dah tak der jodoh di dunia ni, jadilahwanita yang solehah ... di akhirat nanti pasti ada "wildan" yang menanti... tak perlu was-was ... wildan di surga pasti yang terbaik punya ... "
By Am ScanDeLiCiouS™