Wednesday, January 28, 2009

LeLaKi SuKa TenGoK PeReMpuaN BerbaJu KurunG??


apa pendapat lelaki dalam hal ni? bukan ker perempuan yang berbaju kurung nampak lebih cantik dan ayu ...seolah olah ada satu keindahan di depan mata...aha camner pendapat kowang?




"aku suke sgt2 tgk pompuan guna baju kurung

esp pompuan2 yg aku suke

kalu mereka pakai baju kurung...

pastu kaler tudung match dengan kaler bunga baju tu..

mmg nmpk comei sesangat

lagipon pompuan yg guna baju kurung nie nmpk lebih sopan.."

Kebaikan PeRemPuan BerBaju KuRunG PaDa PanDanGaN Aku As LeLaki..

BUKAN sekadar pandai menjahit sehingga mampu menerima tempahan, malah semakin ramai wanita bukan Melayu sama ada Cina mahupun India yang semakin selesa mengenakan baju kurung atau kebaya sebagai pakaian harian ke pejabat atau majlis-majlis tertentu.

Suasana ini semakin ketara terutama pada hari Jumaat atau pada bulan Ramadan seperti sekarang apabila masing-masing manis 'memperaga' koleksi busana tradisional Melayu itu.

Pemakaian baju kurung tidak lagi dianggap sesuatu yang janggal atau khusus untuk wanita Melayu saja, sebaliknya telah diterima secara meluas di kalangan rakyat Malaysia sebagai satu budaya.

Maka tidak hairanlah kebanyakan wanita bukan Melayu memilih busana tersebut sama ada untuk ke tempat kerja, institut pengajian tinggi (IPT) atau sekadar bersiar-siar untuk makan tengah hari juga membeli-belah.

Malah, rata-rata mereka beranggapan bahawa keindahan pada corak kain dan warna terang yang menghiasi fabrik baju kebangsaan turut mempengaruhi keperibadian dan penampilan pemakai.

Menurut Yee Chiou Lan, 29, keayuan seseorang akan lebih terserlah jika berbaju kurung atau kebaya disebabkan potongan pakaian itu yang lembut dan sesuai dengan bentuk badan si pemakai.

Katanya, pakaian tradisi masyarakat Melayu itu juga semakin digemari golongan bukan Melayu berbanding dahulu di mana kaum Cina sepertinya berasa janggal apabila mengenakan busana sedemikian.

"Sekarang, di mana-mana sahaja terdapat wanita bukan Melayu berbaju kurung atau kebaya malah di pejabat saya juga sesiapa sahaja boleh dilihat berbaju kurung dengan pelbagai corak yang menarik dan berwarna-warni,'' katanya.

Chiou Lan yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak, paling menggemari baju kebaya. Beliau kini bekerja di sebuah syarikat penyelidik pasaran di ibu negara.

Sementara itu, Yenny Agustinus, 28, dari Kuching, Sarawak pula mengakui dia langsung tidak berasa janggal apabila mengenakan baju kurung terutama kurung Kedah berwarna hijau pucuk pisang miliknya itu.

Jelasnya, jika suatu ketika dahulu pemakaian baju tradisional itu dianggap sesuatu yang kolot dan ketinggalan zaman oleh golongan muda, kini pemikiran itu telah jauh berubah.

"Semua potongan baju kurung memang sesuai untuk digayakan ke sebarang majlis rasmi dan selesa untuk dipakai sepanjang hari.

"Saya amat menyukai fabrik baju kurung yang lembut, selesa dan bergaya , tetapi disebabkan saya bertubuh kecil agak sukar untuk mencari saiz yang sesuai,'' katanya yang bekerja di Kuala Lumpur.

Melissa Lee, 26, pula berkata, dia meminati pakaian tradisional masyarakat Melayu itu sejak di bangku sekolah apabila melihat rakan-rakan lain kelihatan manis berbaju kurung dan kebaya.

Katanya, selain mudah digayakan baju kurung dan kebaya juga menyerlahkan kecantikan seseorang gadis tanpa mengira kaum disebabkan potongan, corak dan fabriknya.

"Pemakaian baju kurung melambangkan identiti masyarakat Malaysia, ia perlu dikekalkan sampai bila-bila malah kini terdapat banyak fesyen baju kurung dan kebaya kontemporari yang lebih sesuai untuk golongan muda.

"Namun saya sendiri lebih suka baju kurung tradisional dengan corak dan aksesori ringkas kerana penampilan kelihatan lebih ayu,'' katanya yang bekerja sebagai sukarelawan di Galeri Petrosains, KLCC.

Seperti masyarakat Islam lain, baginya menjelang Aidilfitri merupakan saat paling sesuai untuk mencari baju kurung atau kebaya yang sudah siap.

"Sekarang ini banyak baju kurung atau kebaya yang siap dijual di gerai-gerai seperti di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman.

"Selain cantik, pilihannya juga banyak. Saya mungkin akan mencuri masa untuk ke sana bagi mencari sekurang-kurangnya sepasang baju kurung baru. Boleh juga saya pakai ketika beraya ke rumah rakan Melayu pada hari raya nanti," katanya.


"kalau dah tak der jodoh di dunia ni, jadilahwanita yang solehah ... di akhirat nanti pasti ada "wildan" yang menanti... tak perlu was-was ... wildan di surga pasti yang terbaik punya ... "
By Am ScanDeLiCiouS™

No comments:

Post a Comment